
KUMPULAN PERLADANGAN PKINK BERHAD – KPPB telah ditubuhkan pada tahun 2010 merupakan syarikat milik penuh Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). KPPB menumpukan aktiviti perladangan sawit, getah dan Kilang.Bermula dengan perladangan getah pada tahun 1980 melalui anak syarikatnya iaitu Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd (SLSTSB), SLSTSB seterusnya berkembang dengan tambahan keluasan ladang sawit dan getah di sekitar Gua Musang dan Jeli. Pada 2010, Syarikat memperkemaskan lagi pentadbiran dengan mewujudkan sebuah Syarikat Induk yang dikenali dengan Kumpulan Perladangan PKINK Berhad (KPPB). Beberapa syarikat telah ditubuhkan sesuai dengan keperluan semasa dan SLSTSB turut ditempatkan di bawah KPPB. Syarikat anak di bawah KPPB pada masa ini ialah SLSTSB, Ladang Tapis Sdn. Bhd. dan Ladang Lubok Bongor Sdn. Bhd..
Visi
Peneraju utama di dalam bidang perladangan dan industri hiliran di Kelantan serta berdaya saing di peringkat Nasional


Misi
Memperkasakan khazanah negeri dengan mampan, berdaya saing dan menguntungkan
Nilai – Nilai Utama
ITQAN
Sesungguhnya Allah menyukai seseorang apabila ia melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun
Hadis riwayat Al-Baihaqi
Muhasabah
Bermusabahlah kamu sebelum kamu dihisab
daripada Saidina Omar r.a.
Amanah
Sesungguhnya dalam perciptaan langit dan bumi, siang dan malam bersilih ganti, terdapat tanda -tanda bagi orang yang berakal
Surah Al-Imran, Ayat ke 190
Nizam
Sesungguhnya Allah telah menyuruh kamu menyerpurnakan manah yang aku telah berikan kepada kamu
Surah An-nisa’ Ayat 58.