Aktiviti utama SLSTSB ialah perladangan sawit dan getah. Keluasan keseluruhan SLSTSB berjumlah 11, 120 hektar yang ditanam dengan tanaman sawit dan getah. Pada masa ini, tanaman sawit merangkumi 60% , tanaman getah merangkumi 25 % dan selebihnya adalah infratruktur pejabat, perumahan, nurseri sawit, kilang dan lain-lain
Aktiviti perladangan bermula sejak tahun 1980 di bawah Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd. Syarikat ini seterusnya berkembang dengan pembangunan beberapa tanah baru .
Pada tahun 2010, sebuah syarikat induk telah ditubuhkan bertujuan sebagai persediaan.untuk penyenaraian ke Bursa Malaysia. Syarikat Ladang Sungai Terah sdn bhd telah ditempatkan di bawah syarikat induk iaitu Kumpulan Perladangan PKINK Berhad (KPPB) .
Bagi memperkembangkan lagi operasi sawit ke arah industri hiliran, SLSTSB telah membina sebuah kilang memproses Buah Tandan Segar (BTS) sawit dimulakan tahun 2016.
Kilang Sawit Tapis adalah sebuah projek terkini Syarikat Ladang Sungai Terah sdn Bhd.Kilang ini adalah kilang memproses Buah Tandan Segar (BTS) sawit di mana produk yang dihasilkan nanti adalah Minyak Sawit Mentah dan Isirung Sawit.Kilang ini berkeupayaan memproses 30 metrik tan Buah Tandan Segar sejamTerbinanya Kilang Sawit Tapis ini, dapat membantu perkembangan ekonomi bukan sahaja kawasan Mukim Bunga Tanjung dan Jajahan Jeli, bahkan dapat membantu ekonomi negeri Kelantan