Majlis Pelancaran ke Arah Pensijilan minyak sawit mampan (MSPO) Perasmian MSPO bagi Kumpulan Perladang PKINK Berhad.
YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan hadir menyempurnakan Pelancaran Ke Arah Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) bagi Kumpulan Perladangan PKINK Berhad (KPPB ) di Dewan Serbaguna KPPB, Gua Musang.
MSPO adalah piawaian kebangsaan yang telah ditetapkan untuk dilaksana selewat-lewatnya Jun 2019. Pensijilan ini dibangunkan dengan mengambil kira undang-undang dan peraturan negara, amalan terbaik kelestarian dan dapat menaikkan imej industri minyak sawit dimata dunia.